Terima Kaseh Kawan-kawan! :D

OK, 'Wayang 8 Kupang' siri pertama telah tamat 'dipentaskan' pada 4 Nov lepas. Di blog ini, pihak penganjur dan kru 'Wayang 8 Kupang' - A part of Olé Cuppa Art : The Project Upstairs ingin merakamkan beribu-ribu terima kasih dan penghargaan kepada semua audien yang sudi 'mencemar duli' datang untuk menonton wayang kami yang tidaklah seberapa itu. Sekali lagi pihak kami terharu. Ucapan 'khas' terima kasih juga diucapkan kepada 2 orang pasangan kekasih yang sanggup bersengkang mata menonton hingga habis 3 tayangan filem-filem tersebut.
Pada kesempatan ini juga pihak kami dengan rasa rendah hatinya juga ingin memohon maaf kepada mana-mana audiens yang tidak dapat menonton akibat bilangan tempat yang agak terhad. Maklumlah, disebabkan ini adalah program pertama dan ia hanyalah 'sebahagian' saja dari Olé Cuppa Art : The Project Upstairs, maka pihak penganjur tidak dapat membayangkan respon yang sebegitu rupa hebatnya. Sekali lagi kami meminta maaf.
P.S - Kepada sesiapa yang tertinggal kamera video Sony di dalam bilik tayangan pada malam tersebut, sila hubungi Che Farah (016 3195258) untuk menuntutnya kembali, harap maklum.
(Farah, tolong translate ke english, malas! hihi)
2 Comments:
At 4:28 PM,
pemusnah makna said…
terima kasih kerna simpankan benda yg tertinggal itu.. maklum la malam itu sangat bes.. makacih fatul n farah.. oit update la kat kami klu ade muvi lagi k...
At 8:40 PM,
amrulkareem said…
yeh time kaseh la fatul ahai. ade gamba aku la ahai ahai
Post a Comment
<< Home